Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru
di dunia ini. Masalah ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu. Sebenarnya,
dadah yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak
disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk
kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah yang terdapat di dunia ini
ialah heroin, marijuana, morfin, ganja, dan syabu.
Banyak negara menjadikan dadah sebagai
musuh utama negara. Hal ini disebabkan penyalahgunaan dadah mengakibatkan
pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara. Mereka yang tidak dapat
diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi sampah masyarakat. Malah ada
yang menjadi tidak siuman
Penyalahgunaan dadah sebenarnya
berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor pertama ialah keinginan mencuba
sesuatu perkara yang baru. Keinginan ini akan menjadi teruk sekiranya seseorang
itu bergaul dengan penagih kerana mereka boleh terpengaruh dan mudah pula untuk
mereka mendapatkan bekalan dadah.
Selain itu, tekanan yang dialami akibat
masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang itu untuk
menyalahgunakan dadah. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku
hingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah
menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang
dihadapi.
Penyalahgunaan juga disebabkan oleh
kurangnya kesedaran terhadap kesan .0buruk yang akan menimpa mereka yang
ketagih dadah. Sudah pasti banyak remaja Oleh itu, apabila mereka telah merasai
nikmat dadah, mereka beranggapan tiada apa-apa yang akan berlaku kepada mereka.
Sekiranya disenaraikan satu persatu,
keburukan yang dibawa oleh dadah adalah sangat banyak. Oleh itu, penyalahgunaan
dadah harus diatasi. Dadah juga ditakrifkan sebagai bahan yang
merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa semua penagih dadah telah merosakkan diri mereka sendiri
baik dari segi fizikal,rohani,mental mahupun emosi. Kalau tiada angin,masakan
pokok bergoyang;kalau tiada penyalahgunaan dadah,masakan ada kesan-kesannya.
Terdapat banyak kesan yang berlaku akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.
Satu daripada kesan-kesan penyalahgunaan dadah
boleh dilihat pada perempuan-perempuan yang sedang hamil. Kajian terperinci
telah menunjukkan penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan boleh
memudaratkan proses perkembangan janin. Dua risiko utama akibat kemudaratan
tersebut ialah fenomena yang yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras dan
tingkah laku yang tidak normal. Penggunaan dadah juga boleh memberikan kesan
terhadap mental para ibu yang mengandung dan membuatkan mereka ketagihan.
Dadah-dadah yang boleh memberi kesan mental dengan memasuki bahagian otak ibu
akan memasuki bahagian uri dan membawa kesan yang mudarat kepada janin.
Selain itu,penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha untuk membasmi penyalahgunaan dadah,tetapi jika institusi kekeluargaan itu sendiri terlibat dengan penyalahgunaan dadah,sudah pasti kesannya akan menjadi sangat teruk. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak aman. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perceraian jika penagihnya ialah suami ataupun isteri. Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka menyalahgunakan dadah pasti akan mengikutinya juga kerana bapa borek,anak rintik. Berdasarkan huraian-huraian itu, jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.
Penyalahgunaan
dadah juga mengakibatkan peningkatan peningkatan kadar jenayah dan sindiket
dadah. Sindiket-sindiket dadah ini mengedarkan dadah kepada para pembeli dan
masalah pengedaran dadah oleh sindiket-sindiket ini telah berlaku sejak puluhan
tahun lagi. Tambahan pula,kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah
laluan antarabangsa menyebabkan Malaysia dijadikan pusat transit dadah sebelum
diedarkan ke negara-negara lain. Sindiket-sindiket dadah di Malaysia pasti
mengambil kesempatan ke atas peluang yang berada di hadapan mata mereka lalu
mengedarkan dadah di sini.
Kenyataan
ini juga disokong oleh pengalaman para pegawai polis yang terlibat dengan usaha
menentang sindiket-sindiket dadah. Jika kita tidak berupaya menangani
sindiket-sindiket ini,sudah pasti jenayah akan berleluasa di negara kita
bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sindiket-sindiket ini juga pasti
akan menguasai negara kita. Berdasarkan bukti dan huraian di atas,jelaslah
bahawa penyalahgunaan dadah dapat mengakibatkan peningkatan kadar jenayah dan
sindiket dadah.
Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan pembaziran wang. Contoh pembaziran wang yang paling jelas dapat dilihat pada penagih dadah itu sendiri. Selain itu,kerajaan telah membazirkan RM 100 000 000 setahun bagi pusat serenti,pusat pemulihan akhlak dan PUSPEN. Jumlah ini sudah cukup untuk membina 15 buah sekolah yang lengkap. Tambahan lagi,purata RM 138 000 sehari diperuntukkan kepada 11 500 pelatih di pusat-pusat serenti. Pihak polis pula terpaksa mengeluarkan RM 100 000 bagi mendapatkan maklumat tentang sindiket dadah. Bayangkan jika semua duit yang dibazirkan ini digunakan untuk keperluan negara,sudah tentu kita boleh membangunkan negara kita dan menjadi maju seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh itu,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah membawa kepada pembaziran wang.
Walaubagaimana banyak kesan penyalahgunaan sekalipun,kesan yang paling
jelas kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri. Sudah terang lagikan
bersuluh,kalau sudah penagih itu menyalahgunakan dadah,tentulah penagih itu
yang terkena kesannya dahulu. Tetapi,tidak semua dadah memberikan kesan yang
sama kepada penagih. Sebagai contoh,candu pada peringkat awal akan memberi
kesan mengantuk,badan menjadi lemah dan mengalami gangguan jiwa manakala kesan
jangka panjangnya ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan mental. Selain
itu,morfin memberi kesan jangka pendek yang berbeza iaitu rasa
resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk dan berpeluh. Kesan jangka panjang
bagi pengambilan morfin ialah gangguan jiwa,HIV dankematian. Bagi heroin
pula,kesan jangka pendek pengambilannya ialah tanggapan menjadi kurang
tenang,tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya,bingung,kekejangan dan
berkelakuan seperti orang mabuk. Kesan jangka panjangnya pula ialah keracunan
darah,hepatitis,kancing gigi,HIV dan kematian.Walau berjuta jenis dadah
didapati sekalipun,kesannya pasti ada pada penagih itu sendiri.
Cara mengatasi penyalahgunaan dadah
yang utama ialah pendidikan mengenai bahayanya dadah. Pendidikan ini kelak
mengelakkan remaja terjerumus dalam dadah. Pendidikan patut dilakukan oleh ibu
bapa dan guru.
Kempen
kesedaran yang lebih berkesan haruslah diadakan dari masa ke masa oleh pihak
kerajaan dan swasta. Pelbagai aktiviti hendaklah diadakan semasa kempen ini
berlangung dan aktiviti itu hendaklah melibatkan kumpulan remaja yang sering
menjadi sasaran mudah para penjual dadah.
Para
penjual dadah sama ada pembekal atau pengedar pula hendaklah dijatuhi hukuman
yang berat seperti gantung sampai mati. Hukuman yang diterima oleh mereka akan
dapat membuka mata orang yang baru berjinak-jinak dengan dadah. Mereka akan
berasa ngeri untuk melakukan perbuatan itu.
Kesimpulannya,
dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah juga berpunca daripada
banyak faktor. Namun terdapat banyak cara untuk mengatasi penyalahgunaan ini.
Kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah
good
ReplyDeletesangat baik
ReplyDeleteThanks dawg
ReplyDeleteNice👍
ReplyDelete棒棒哒❤
ReplyDeleteBerfaedah n telah membantu Saya😊🌹
ReplyDeleteBerfaedah n telah membantu Saya😊🌹
ReplyDeleteBerfaedah n telah membantu Saya😊🌹
ReplyDeleteberfaedah
ReplyDeleteemmm
ReplyDeleteHi
ReplyDeleteHi
Deletebut this very long sir / madam please next time post some short paragraphs 😁😁👌🙏
ReplyDeleteyeah its really that long but still usefull
DeleteTerima kasih kerana dapat maklumat tentang penyalahgunaan dadah.
ReplyDeleteKarangan terbaik idea mantap isi tersurat dan tersirat sangat cemerlang terbaik teruskan.
ReplyDeletesaya nak tanya sesuatu.kalau datang tentang kesan penyalahgunahan dadah saya akan menulis macam ini ke
ReplyDeletesaya merupakan murid yang belajar di sk st francis.saya sangat ketakutan apabila memikirkan tentang peperiksaan.kerana bahasa melayu saya sangat cacat.maca mana sekarang
ReplyDeletekau st fransis?
DeleteTq
ReplyDeleteNice i apperiaciate it
ReplyDeleteTerima kasib yanv ini membantu saya
ReplyDeleteTq
DeleteTerima kasih yang karangan ini ialah sangat terbaik dan membantu saya untuk tulis karangan yang macam ini
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete