Bila menyebut perkataan malam, bermain-main
difikiran kita pelbagai bayangan mahupun ilusi..Kadang-kadang, ilusi itu mengawal
pemikiran kita sehingga kita merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan
kita pada waktu malam yang sunyi sebegini..
Beberapa tahun yang lalu, aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah.. Aku memang tahu, sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior.. Cuma, kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..
Beberapa tahun yang lalu, aku ditempatkan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah negeri yang dahulunya kaya dengan biji timah.. Aku memang tahu, sekolah itu adalah sekolah lama dan pelbagai kisah seram diceritakan kepada kami oleh senior.. Cuma, kami tidak pasti adakah itu sekadar bahan gurauan ataupun realiti..
Satu malam yang nyaman, tepat pukul 2
pagi.. Aku terasa ingin membuang air kecil.. Ketika di asrama, kami tidur di
atas katil double-decker.. dan aku dapat katil pada bahagian bawah.. Aku
kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku, tapi, sedih..
Dia sudah tidur nyenyak tanpa
menghiraukanku..
Mahu tidak mahu ,aku terpaksa menggagahi
langkahku untuk ke bilik air.. Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di
blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain.. Lampu waktu
itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air.. Jadi, kurang sikit
rasa takutku..
Aku memasuki bilik air seperti biasa.. bilik
air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas, tempat basuh
baju dan kolah mandi.. Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan
kami tinggal di asrama.. Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air. .Jadi,
senang untuk ke tandas..
Ketika sedang membuang air kecil ,tiba-tiba
aku terdengar bunyi orang memberus,, seolah-olah memberus baju.. hairan aku, siapa
yang rajin membasuh baju waktu itu.. Sedangkan semua pelajar dilarang keluar
dari dorm pada waktu sebegitu.. Fikiranku berkata, mungkin pengawas yang
menjaga kami membasuh baju itu..
Selepas aku membuang air kecil, aku terus
pulang ke dorm.. tapi, terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju..
aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju.. aku mengintai dari
dinding .. aku terkejut!!
”YA
ALLAH!!” Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya.. bayangkan dia
cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku yang lebih menakutkan, muka
kepala tu menghadap aku.. aku lihat dia menggunakan baldi aku..
YA ALLAH!! hanya dia yang tahu apa perasaanku
waktu itu.. badanku berpeluh seperti orang baru lepas berlari dan aku terus
membaca ayat al-Quran yang aku tahu aku terus lari ke dorm.. Dalam perjalanan
aku lari, terasa seperti anda benda mengejarku.. Aku terus baring ke katilku
dan aku tutup mata rapat-rapat.. terasa ada benda mengelilingiku..
Tapi, Alhamdulillah.. aku tersedar pagi
esoknya dan semuanya sudah tiada.. tapi, aku terus buang berus dan baldi aku
jauh-jauh.. aku takut ia datang lagi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete